Kejutan Dalam Kotak Kasut

PELAKON yang popular menerusi drama bersiri Spa Qistina (SPA-Q), Fazreen Rafi membuat kejutan istimewa buat isterinya, Sharifah Marlina Ashikin Syed Hassan.

Katanya, kejutan itu dibuat sebagai membalas jasa isterinya yang baharu sahaja melahirkan anak keempat mereka, pada Februari lalu.

“Buat surprise untuk wife Faz sempena pengorbanannya yang membawa zuriat kami selama 38 minggu.

“Thanks sebab selalu bersama-sama dengan saya dalam senang mahu pun susah,” tulisnya sambil berkongsi video kejutan di laman Instagram.

Difahamkan, kejutan yang disimpan di dalam sebuah kotak kasut merupakan hasil tabungannya.

“Saya simpan ini dah lama, dari awal lagi. Jadi inilah kejutan untuk awak…tadaaa,” katanya dalam video tersebut.

Ternyata punya simbolik tertentu, pelakon berusia 33 tahun ini turut berkongsi pengalamannya di saat menghadapi kekangan kewangan, satu ketika dahulu.

“Teringat dulu-dulu pernah beli tosai dan nasi kandar dekat Pelita bayar pakai duit syiling sebab mmg tengah tak ada duit sangat-sangat.

“Yang bestnya, Faz tak keluar beli, bini Faz yang keluar sebab Faz malu…hihii…

“Apa-apa pun, saya sangat-sangat appreciate pengorbanan awak,” tulisnya lagi.

Fazren dan Sharifah Mazlina mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2011.

Selain baharu menimang bayi lelaki, pasangan ini juga sudah dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Rizqin Qayyum, 6, Muhammad Rizqin Uwais, 4, dan Rizqeen Humaira, 2 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber dari Arena Star

LAMA sungguh tidak mendengar khabar pelakon seorang ini. Kalau dahulu, wajahnya sering menghiasi kaca televisyen dengan watak-watak baik dan warak yang mudah mencuri hati ramai peminat tempatan.

Namun lebih dua tahun menghilangkan diri ramai yang bertanya, ke mana perginya Fazreen Rafi? Adakah dia merajuk daripada dunia seni lakonan? Ataupun adakah kerana kebanjiran pelakon baharu membuatkan namanya tenggelam?

Itu persoalan yang terus ditanya tatkala bersua bicara dengan pelakon yang popular dengan drama Spa Q itu. Hanya tersenyum seraya menggelengkan kepala, Fazreen akui dia seperti sudah lali dengan soalan itu.

Tidak pernah berkecil hati atau melarikan diri daripada dunia lakonan, tempoh lebih dua tahun ‘hilang’ itu sebenarnya diguna sebaik mungkin untuk mengukuhkan perniagaannya yang baru sahaja bermula.

Namun tempoh dua tahun itu juga sebenarnya sedikit membunuh karier seninya. Mengakui tawaran semakin berkurang dek kerana kesibukannya, Fazreen sedar itu adalah kesilapan yang harus diperbetulkan.

“Saya memang ambil masa lebih dua tahun untuk membina perniagaan sekarang. Ketika itu saya terlalu sibuk dengan urusan kerja jadi apabila tawaran berlakon datang, saya terpaksa tolak bulat-bulat.

“Sekarang bila perniagaan ketering dan jahit pukal sudah stabil, saya perasan tawaran berlakon sudah tidak ada lagi. Seolah-olah saya dianggap sudah tidak lagi berlakon. Saya jadi pelik dan hairan juga sebenarnya.

“Untuk 2017, saya hanya berlakon dalam empat drama sahaja. Mungkin ramai produser dan pengarah ingat saya lebih fokus kepada perniagaan. Oleh sebab itu, mereka kurang memberi tawaran kepada saya,” katanya memulakan bicara.

Terbit perasaan ralat apabila berhadapan dengan situasi itu, Fazreen memberitahu, ramai produser dan pengarah terkejut apabila melihat wajahnya kembali mewarnai kaca televisyen setelah beberapa tahun menghilang.

Mengakui untuk kembali aktif seperti dahulu agak sukar untuk dilaksana, pelakon berusia 32 tahun itu juga sedar kebanjiran pelakon baharu silih berganti menyebabkan laluan yang harus dia tempuhi bukan calang-calang.

“Apabila jumpa produser, mereka cakap susah kalau saya hendak berlakon secara aktif kembali. Lagipun pelakon baharu sekarang ramai. Setiap kali drama sahaja, ada muka baharu. Memang susah bagi pelakon lama seperti saya.

“Cuma saya selalu percaya kepada rezeki. Tawaran itu datang secara tiba-tiba. Saya juga percaya, ada penerbit dan pengarah yang percaya dengan bakat lakonan saya.

“Tapi saya kecewa apabila ada juga segelintir pihak yang menyuruh saya fokus kepada perniagaan sahaja. Mereka seolah-olah mahu saya berhenti berlakon. Itu tidak mungkin,” katanya.

Mahu watak berbeza

Sedekad mewarnai kanvas seni lakonan tempatan, Fazreen sering kali tampil dengan watak yang lebih kurang sama. Kalau tidak watak budak baik, pasti dia akan memegang karakter pemuda alim.

Seperti tidak diberi peluang untuk mencuba watak lain, soalan itu diaju kepada pelakon ini. Menjawab tenang, dia mengakui jiwa lakonannya kadang kala mahukan watak yang berbeza.

Namun pada saat ini dia tidak mahu lagi memilih lantaran sedar setiap tawaran yang datang tidak kira watak apa sekalipun adalah sesuatu yang bakal membuka pintu pengalaman berbeza.

“Memang kalau dulu saya hendak cuba pelbagai watak tetapi saya sedar setiap kali kita masuk set baharu yang memberi cabaran adalah watak tersebut. Tidak kira baik atau tidak.

“Kadang-kadang risau juga penonton akan bosan dengan watak yang sama tetapi setakat ini, mereka suka. Saya pernah membawa watak jahat, mereka terkejut dan terus menyokong.

“Nanti kalau kita memilih sangat, orang ingat kita sudah tidak mahu berlakon lagi. Tapi hendak memilih pun, kalau tawaran tidak ada macam mana hendak tolak, kan?” selorohnya.

Memuji pelakon-pelakon baharu yang dianggap tidak sombong dan mesra dengan pelakon senior, Fazreen bagaimana pun mengakui dirinya sedikit menyesal kerana tidak bergaul aktif sewaktu mula-mula menceburi dunia hiburan.

“Saya dahulu suka menyendiri. Ketika itu, konon-konon hendak jadi diri sendiri dan tidak mahu bergaul dengan pemain industri. Tetapi lama-kelamaan, saya sedar kita kena bersosial juga.

“Saya sebenarnya tak suka sangat bercampur dengan orang tapi apabila kita terlibat dalam dunia perniagaan, kita kena jaringan yang besar. Kita kena ‘jual’ diri sendiri.

“Sekarang orang tengok berdasarkan pengikut di laman sosial. Saya tak salahkan perkara itu sebab sebagai ahli perniagaan, saya juga mementingkannya,” kata Fazreen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *