Terbayang Ada Anak Sendiri, Izzue Islam Redha Belum Ada Rezeki

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam redha belum mempunyai rezeki untuk mendapatkan zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013.

Menerusi entri di Instagram (IG), Izzue telah berkongsi video sedang mendukung seorang bayi ketika mengadakan persembahan di Kuala Krai, Kelantan.

“Dapat merasa jadi daddy kejap petang tadi masa kat event @starcamp18 di Kuala Krai, Kelantan.

“Terbayang kalau ada baby sendiri. Takpe sayang @awinnurin , belum ada rezeki kita lagi.

“Nanti rezeki kita dah sampai, kita buat lagu untuk baby pulak ok? Amin,” tulisnya.

Rata-rata peminat mengakui terharu dengan sikap penyayang yang ditunjukkan oleh Izzue dan mereka mendoakan agar dia serta isteri dikurniakan zuriat.

“@fairuskhaikhairil: Amin. Insha Allah masa itu akan sampai. Perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik.”

“@norsiah0910: Semoga Allah kurniakan rezeki anak yang comei-comei untuk @izzueislam dan Awin. Teruskan usaha dan doa. Saya doakan yang baik-baik untuk kalian berdua.”

“@mrs_pokdin: Insha Allah tak mengapa @izzueislam dan isteri. Semoga dikurniakan rezki anak bila sampai waktunya. Allah Maha Mengetahui. Pakat-pakat doa la deh. Saya punn belum ada rezki lagi.”

“missbuzz_: semoga Allah kurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah untuk kalian berdua. The day will come. In Shaa Allah. Amin.”

 

“Respek! Terima Kasih Izzue..”-Tindakan Izzue Selamatkan Anak Anjing Dipuji Netizen

Ada atau tidak antara korang yang seorang pencinta haiwan? Tak kira sama ada haiwan itu comel atau tidak. Ada orang nak yang comel sahaja, kadang-kadang ada juga yang menindas binatang lain. Alahai kesian sangat..

Jarang sekali kita nak lihat orang yang sayang binatang seperti anjing. Walalupun ajaran kita melarang untuk sentuh tetapi apa salahnya untuk tolong kalau sudah dalam kesusahan kan?

Baru-baru ini tindakan Izzue menyelamatkan dua ekor anak anjing yang terperangkap di dalam longkang sangat menyentuh hati dan dipuji oleh netizen.


Izzue ini memang seorang pencinta haiwan dan mempunyai beberapa ekor kucing dirumah. Jadi memang kalau sudah terlihat anjing yang dalam kesusahan tak sampai hati nak biarkan.

Video tindakan murninya itu dimuat naik ke Instagram dan ramai orang sangat tabik dengan sikap Izzue yang menolong anak anjing itu.

kesian anak anjing ni, mana mak diaa?? 😔

A post shared by I Z Z U E I S L A M (@izzueislam) on

Menerusi kapsyen, Izzue merasa kasihan dengan anjing ini dan bingung ke mana ibu kepada anak anjing ini pergi. Yela ibarat, bayi manusia juga pasti terpinga-pinga dan sedih bila tiada ibu.

Mulia hati bang, terbaik Izzue

Contoh terbaik, baiknya hati Izzue dan isteri

Baiknya abang Izzue selamatkan anak anjing walaupun tak pakai tangan..

Sumber: IG Izzue

Kredit: Kisah Dunia & Gempak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *