[VIDEO] “Alololo Pemalu La Dia!” – Aksi Sebalik Tabir Intan Liana Promosi Tudung Datuk Aliff Bikin Terhibur!

Kontroversi rumah tangga antara pelakon Izreen Azminda, pemuzik bebas Ude dan isteri pertamanya, Intan Liyana mendapat sambutan hangat pelbagai pihak.

Ude yang menfailkan penceraian terhadap isteri pertamanya itu menyebabkan rata-rata mengecam dan mengkritik Izreen, apatah lagi mendengar keluhan Intan yang bakal hilang tempat bergantung selepas perceraian tersebut.

Ekoran hal demikian, ramai pihak tampil menawarkan pekerjaan kepada Intan, termasuklah usahawan kosmetik dan pakaian terkenal, Datuk Aliff Syukri.

Difahamkan Intan dan isteri Aliff, Datin Shahida turut sama-sama menjadi model tudung untuk keluaran terbaru mereka.

Sebuah video yang dimuat naik Datin Shahida menjadi perhatian orang ramai apabila aksi malu Intan mempromosikan tudung mereka mengundang tawa di kalang netizen.

Rata-rata dilihat terhibur dengan reaksi Intan selepas ditegur Datuk Aliff untuk mempromosikan tudung berkenaan, malah ada yang mendoakan kesejahteraan Datuk Aliff dan Datin Shahida kerana membantu insa yang dalam kesusahan.

28 Februari yang lalu, Ude telah menfailkan cerai ke atas Intan Liana Saleh dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Sumber Instagram Datin Shahida

 

Krefit: Kisah Dunia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *