Janna Nick Tiba-Tiba PENING, LOYA Dan Mahu MUNTAH ???

Pelakon dan penyanyi yang meningkat naik, Janna Nick tetap bersemangat meneruskan saingan kelayakan menjelang perlumbaan Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil hari ini.

Meskipun diserang migrain secara tiba-tiba dan beliau berasa tekak yang meloyakan. Minat yang mendalam terhadap sukan perlumbaan kereta mendorong Janna untuk meneruskan saingan kelayakan.

Walaupun trek kali ini sangat mencabar, Janna berjaya menamatkan saingan kelayakan selaku pelumba keenam terpantas. Hangat.com mendoakan agar supaya Janna dapat menjejak podium, in shaa Allah, aamiin!

Festival perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) dalam mempamerkan The Grand Finale ini menampilkan lapan selebriti terkenal termasuk Fattah Amin, Diana Danielle, Janna Nick, Shukri Yahaya, Geraldine Gan, Danny Koo, Venice Min dan Shawn Lee.

Festival perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) dalam mempamerkan The Grand Finale ini menampilkan lapan selebriti terkenal termasuk Fattah Amin, Diana Danielle, Janna Nick, Shukri Yahaya, Geraldine Gan, Danny Koo, Venice Min dan Shawn Lee.

 

[VIDEO] Janna Nick Dikecam Rosakkan Lagu Di Matamu Sufian Suhaimi

Nampaknya lagu baru Sufian Suhaimi yang berjudul Di Matamu telah menjadi kegilaan artis dan netizen termasuklah penyanyi Janna Nick.

Biarpun ada yang mengkritik suaranya menyanyi, pelakon Janna Nick terus mencabar diri menyanyikan lagu itu dengan caranya sendiri. Kami di hangat.com puji dengan semangat Janna yang tak pernah luntur dari kecaman segelintir individu yang mempertikai kemampuan vokalnya.

Menerusi video yang dimuatnaik menerusi laman Youtube, Janna terlihat menyanyikan lagu itu sambil diiringi petikan gitar oleh pengarah popular, Jinggo. Namun ada netizen yang mendakwa Janna cuba merosakkan melodi lagu tersebut.

Memang kuat betul tularnya lagu ini walaupun video klip rasmi lagu ini masih belum dilancarkan, namun sudah mempunyai peminat yang ramai cover lagu ini. Apa-apa pun Hangat.com suka dengar versi Janna ni, macam ada rentak salsa pulak kan!

 

 

 

Sumber: Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *