Inilah Biodata Mr. Kerek Handsome, Hero Drama Tak Ada Cinta Sepertimu. 10 Trivia Mengenai Syafiq Kyle Yang Ramai Tak Tahu..

Sejak dikenali menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, nama pelakon Syafiq Kyle mula menjadi sebutan dan digilai ramai peminat. Sedang menyinarkan bakat dan populariti, mutu lakonan figura kelahiran Kuala Lumpur ini juga semakin mantap dan tidak mengecewakan penonton.

Buah tangan terbaru pelakon berwajah jambu berkenaan iaitu Tak Ada Cinta Sepertimu bergandingan bersama aktress cantik , Zahirah McWilson  sedang ditayangkan di Astro Ria menerusi slot MegaDrama setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam. Tak Ada Cinta Sepertimu merupakan drama 16 episod arahan Jamal Khan yang diadaptasi daripada novel Anna Milia.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan Syafiq Kyle.

Biodata Syafiq Kyle

Don’t try to be perfect, try be a better you! Goodnight!

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

  • Nama Penuh: Mohd Syafiq Shamin Abdul Razak
  • Nama Komersil: Syafiq Kyle
  • Tarikh Lahir 24 Jun 1992
  • Umur: 26 (2018)
  • Zodiak: Cancer
  • Asal: Cheras, Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak kedua daripada tiga adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Drama: Suamiku Paling Sweet, Sekali Aku Jatuh Cinta, Married Tapi Benci, Isteri Separuh Masa, Merah Gaun Pengantin, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Angin Syurga, Dhia Sofea dan banyak lagi.
  • Telemovie: Takdir Yang Terhenti, Kalu Aku Kaya, Kari Sanjana, Bella, Mat Chia Chia, Takraw Kampung, Bapa Mentuaku, Gangster Melor, Mat Despatch dan Dari Pintu Neraka.
  • Facebook: https://www.facebook.com/syafiq.shamim
  • Twitter: https://twitter.com/isyafiqkyle
  • Instagram: https://www.instagram.com/isyafiqkyl
  • Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Syafiq_Kyle
  • Kelab Peminat: Syafiq Kyle F.C

Trivia Menarik Syafiq Kyle

  1. Remy Ishak dan Eman Manan merupakan idolanya dalam dunia lakonan.
  2. Merupakan lulusan Diploma Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
  3. Bergelar naib johan Hero Remaja 2012.
  4. Selain pandai berlakon, Syafiq juga mempunyai bakat menyanyi.
  5. Pernah digosipkan bercinta dengan pelakon cantik manis, Uqasha Senrose dan pendatang baru, Mimi Lana.
  6. Sebelum bergelar seorang pelakon, Syafiq pernah bekerja di belakang tabir produksi.
  7. Syafiq pernah dilantik sebagai Duta Media Sosial dan Peraduan Cabaran Anugerah Skrin 2015 (ASK2015) bersama Yana Samsudin.
  8. Figura ini pernah dicalonkan sebagai Pelakon Komedi Lelaki terbaik (TV) menerusi telemovie Gangster Melor di Anugerah Lawak Warna (ALW) 2015 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) menerusi Dari Pintu Neraka di ASK 2015.
  9. Pernah menyertai program realiti Liga Lawak Superstar (LLS) menerusi kumpulan Apa Kasih Toq bersama Didie Alias dan Kamal Adli terbitan TV3.
  10. Mempunyai 1 Juta pengikut di instagram miliknya.

Artikel berkaitan..

Syafiq Kyle Senyum Dicium Peminat

PELAKON Syafiq Kyle mendedahkan ada peminat wanita yang tidak dikenali bertindak berani menciumnya ketika dia menyertai satu program jelajah, baru-baru ini.

Menurut Syafiq, 25, kejadian tersebut berlaku ketika dia bertemu peminat di sebuah negeri di kepulauan Borneo.

“Ada satu kejadian ketika sedang menyertai program beramah mesra dengan peminat, tiba-tiba seorang wanita mencium pipi saya.

Syafiq hargai usaha dan sokongan peminat.

“Terkejut jugalah ketika berdepan situasi itu, namun keadaan masih terkawal dan mujurlah tiada apa yang tidak diingini berlaku.

“Saya mampu senyum sahaja, tambahan pula peminat perempuan itu nampak masih kecil lagi, mungkin dia teruja dapat bertemu saya,” katanya kepada mStar Online.

Syafiq ditemui ketika menghadiri Anugerah Instafamous 2017 anjuran Hurr.TV yang diadakan di Menara Suezcap, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Syafiq membawa pulang trofi Anugerah Instafamous Adiwira di majlis anjuran Hurr.TV baru-baru ini.

Sementara itu, pelakon drama Mencintaimu Mr Photographer ini berkata kejadian tersebut merupakan antara pengalaman yang tidak mungkin dilupakan sepanjang tahun 2017.

“Kalau tanya pengalaman bersama peminat memang banyak yang indah dan manis untuk dikongsi. Tetapi, kes dicium ini memang saya tak akan lupa.

“Daripada kejadian itu saya boleh nampak betapa peminat begitu menghargai peluang dapat bertemu dengan selebriti pilihan mereka,” katanya.

Ada peminat mengharapkan Syafiq dan Hannad Delisha menjadi pasangan kekasih.

Bagaimanapun, pemilik nama nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini sedar mengenai sensitiviti dan meletakkan batas dalam melayan permintaan peminat.

“Bila berhadapan dengan peminat fanatik begini tak perlu sampai nak marah-marah.

“Sekarang ini pun peminat dah bijak, mereka tahu batas sebelum melakukan sesuatu. Jadi aksi lebih ekstrem jarang berlaku di Malaysia,” katanya. – Mstar

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *