“Kata Kaya,Nape Pakai Seluar Koyak Dik?”-Little Miss Khan Kena Kecam, Upload Gambar Pakai Seluar Koyak

Adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan ini memang seorang gadis yang cantik di pandang. Almaklumlah, datang dari keluarga keturunan Pakistan,macam mana cantik dan lawa sang kakak,maka begitu juga cantik dan lawa Ameera ini.Di laman sosial, Ameera menggunakan namanya sebagai The Little Miss Khan.

Dahulunya Ameera di lihat cantik dan manis bertudung. Namun sekarang dia memilih untuk menjadi dirinya sendiri seperti mana penampilannya yang sekarang. Jika ramai yang tanya, kenapalah Ameera Khan ini boleh popular dan berapa umur dia sebenarnya? Ameera Khan ini sebenarnya bukanlah artis seperti kakaknya Neelofa. Dia masih bersekolah dan tidak salah min Ameera ini sudah masuk umur 17 tahun. Tapi Ameera Khan ini di katakan tidak mengambil SPM dan bersekolah di sebuah sekolah swasta.Popularitinya naik di sebabkan sang kakak dan tambahan pula dia punya wajah yang menarik.

Namun begitu, ada banyak cerita kurang enak tentang Ameera Khan yang berlegar di laman sosial. Bermula dari kes dia mengkritik sekolah kerajaan, beralih kepada kes dia “mengeuuwkan” pengguna Samsung, makin hari makin ramai yang kecam Ameera Khan. Kesian pulakan?Sebab itulah Ameera kena hati-hati bila berbicara apatah lagi bila di kenali ramai sekarang.

Terkini, gambar dia memakai seluar koyak di peha juga telah mendapat kecaman ramai. Jika anda lihat ruang komen di Instagramnya, sangat ramai yang mempersoal kenapa dia memilih untuk memakai seluar koyak sedangkan dia berduit dan boleh membeli seluar lain yang lebih sesuai. Ameera mungkin tidak fikir setiap perbuatannya itu punya akibat. Namun sudah lumrah, bilamana seseorang itu sudah menjadi public figure, pasti setiap perkataan dan perbuatan kita akan mendapat perhatian orang sekeliling.Betul tak korang?

KisahDunia.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *