Kerana Awi Rafael, Suami Hanez Suraya Cemburu

Terdahulu,penyanyi Awi Rafael telah memberi kenyataan bahawa beliau mengenali tunangnya, Atikah Suhaimi ketika masih lagi menjadi teman lelaki Hanez Suraya. Dek kerana kenyataan itu timbul pula isu lain diantara Awi, Hanez dan suaminya.

Hanez Harap Awi Lebih Sensitif

Memetik kembali kenyataan Awi,Hanez berharap penyanyi itu tidak lagi mengaitkan namanya lagi dalam apa jua kenyataan yang dikeluarkan. Melihatkan statusnya kini sebagai isteri orang, Hanez turut mengharapkan Awi akan lebih sensitif dan menjaga hati tunangnya.

“Saya terkejut apabila suami memaklumkan ada terbaca mengenai nama saya disebutnya, baru-baru ini. Perkara yang sudah lama berlalu, rasanya tak perlu diungkit semula, tambahan pula orang pun sudah lupa”

Suami Cemburu

Malah lebih mengeruhkan keadaan, kenyataan itu telah menimbulkan rasa cemburu pada suami Hanez, Romie Razin. Namun begitu, Hanez tetap memandangnya sebagai sesuatu yang positif kerana beliau yakin perasaan itu wujud disebabkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadapnya.

“Bukankah Cemburu tandanya sayang, tetapi tidaklah dia berlebihan-lebihan. Selepas tiga tahun hidup bersama, kami juga sudah saling memahami dan menerima diri masing-masing seadanya,”

Bagi kami ada benarnya apa yang dikatakan oleh Hanez itu. Perkara yang berlalu tidak perlulah diungkit apatah lagi kelak bakal menjadi milik orang.

Sumber: Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *