“Tulang Belakang Retak, Tulang Koksik Pecah, Kereta Ranap” – Awal Ashaari Sebak Imbau Insiden 3 Tahun Lalu..

Mungkin ramai masih ingat dengan peristiwa pengacara Awal Ashaari mengalami kemalangan ngeri tiga tahun lalu iaitu pada 2015.

Ketika itu ramai terkejut dengan kejadian tersebut bila kenderaan Awal dilihat begitu hancur dan sukar dipulihkan lagi.

Namun, nasib masih menyebelahi Awal kerana dia berjaya diselamatkan namun memakan masa lama untuk pulih.

Menurut Awal kepada Astro Gempak, kejadian itu hampir meragut nyawanya pada tarikh 29 Mac 2015 iaitu tarikh yang sama dengan semalam.

Katanya lagi, inilah kali pertama dia membuka kisah sedih dan ngeri itu.

Dengarkan luahan sedih Awal ini:

Awal juga dikatakan hampir menitiskan air mata ketika meluahkan hal tersebut.

Katanya lagi dia terpaksa melalui rawatan selama setahun setengah dan berhabisan puluhan ribu.

Pasti ada hikmah di sebalik yang berlaku dan semoga Awal terus sihat dan juga sukses ya. – Sumber: Astro Gempak

kisahdunia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *