“Walaupun drama, tapi hormatlah pakaian solat tu…”- Lakonan Sharifah Sakinah dapat teguran dari netizen

Umum mengenali bahawa pelakon popular Sharifah Sakinah seorang yang kelakar dan ‘masuk’ air’. Karakternya sering membuat netizen terhibur dengan lawak spontan dan sikapnya yang ‘gila-‘gila’ itu.

Tersenarai dalam TOP 5 untuk kategori Artis Lawak Meletop dalam Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME 2018) minggu lepas, Sakinah kini sedang menjalani sebuah pengambaran drama yang bakal bersiaran pada Aidilfitri ini.

Terbaru, beliau telah berkongsi sebuah video di akaun Instagramnya ketika mengadakan shooting untuk sebuah drama Bini Aku Dari Neraka yang bakal disiarkan pada raya ini. Namun, terdapat satu babak dalam drama tersebut telah mendapat teguran dari netizen kerana beliau tampil dengan sepersalinan telekung tetapi dilihat berpelukan bersama pelakon, Aiman Hakim Redza.

Menerusi video tersebut, Sakinah (sebagai Lydia) dan Aiman (sebagai Rudy) sedang menjiwai watak pasangan suami isteri yang menuju ke surau dalam sebuah babak menerusi drama Bini Aku Dari Neraka. Pembikinan drama tersebut melihatkan Sakinah mengenakan pakaian solat (telekung) dan Aiman berkaian pelikat serta berbaju Melayu.

Aksi ‘jalan penguin’ yang dilakonkan oleh mereka itu telah mendapat teguran dari netizen kerana saling berpelukan sambil mengenakan pakaian solat.

Respect pakaian solat tu.

Seolah-olah mempersendakan agama.

“Agak-agaklah kalau ye pun berlakon…”

Sumber : Sharifah Sakinah

 

Kredit: Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *