Cantiknya Bekas Gadis Punk Setelah Berhijrah. Tatu Di Dahinya Menjadi Perhatian

Perkataan hijrah bukanlah sebuah perkataan yang asing lagi di kalangan mereka yang beragama Islam. Berasal daripada perkataan Arab, hijrah bererti meninggalkan, menjauhkan dari dan berpindah tempat.

Jadi, dalam erti kata lain, hijrah bererti meninggalkan perbuatan yang dibenci oleh Allah SWT dan mendekatkan diri kepada apa yang dicintaiNya.

Hidayah itu milik Allah SWT, maka tidak hairanlah saban hari, semakin ramai umat Islam yang dahulunya hidup bergulumang dalam dosa telah mengambil keputusan nekad untuk meninggalkannya.

Baru-baru ini, beberapa keping gambar seorang gadis bertudung namun bertatu di dahinya jadi tular di internet. Gambar-gambar yang telah dimuatnaik oleh pemilik akaun Instagram Iskarandy itu kini telah mendapat perhatian netizen di dunia.

Iskarandy yang dahulunya seorang gadis punk telah mengambil keputusan untuk meninggalkan budaya yang tidak sihat itu dan berhijrah dengan mempelajari ilmu agama Islam.

Meskipun beliau bukanlah seorang artis, namun isah penghijrahannya itu yang telah mendapat perhatian orang lain sehinggakan beliau kini mempunyai puluhan ribu pengikut di Instagram.

Kisah penghijrahan Iskarandy bermula setelah beliau memuatnaik sebuah gambar beliau yang sedang bertudung. Pada mulanya, ramai yang beranggapan tindakan beliau itu sebenarnya mahukan perhatian sahaja.

Namun selepas beberapa hari gambar pertama dimuatnaik, Iskarandy telah memuatnaik gambar kedua berserta kapsyen yang meminta para pengikutnya mendoakannya supaya terus beristiqomah.

“Minta doanya biar bisa tobat sepenuhnya. Amin.”

Sehingga kita, gambar tersebut telah mendapat sebanyak 31 ribu likes dengan ribuan komen yang mendoakan supaya beliau sentiasa diberikan kekuatan untuk kekal beristiqomah.

 

Sumber: Taiko.fun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *