[FOTO] “Aduh Jangan La Nangis…”- Netizen Sebak Lihat Yusuf Iskandar Rindukan Hairul

Siapa yang tidak mengenali dengan kanak-kanak comel ini yang sememangnya sudah semakin terkenal dengan telatahnya yang dimuat naik di laman sosial oleh ibu dan bapanya  yang juga pasangan selebriti terkenal bukan?

Yusuf Iskandar iaitu merupakan anak kepada pasangan pelakon Hairul Hazreen dan Hanis Zalikha yang mempunyai ramai pengikut di laman sosial instagram milik si cilik ini sendiri.

Namun yang terbaru pula, Hairul yang difahamkan menjalani pengambaraan filem Paskal telah meninggalkan Yusuf dan Hanis kerana kerjanya itu. Tetapi, yang paling sedih dan membuatkan terharu adalah gambar yang dimuat naik oleh Hairul menimbulkan rasa sebak kepada netizen.

Daddy dah nak balik dah sayang…

Daddy dah nak balik dah sayang 😢

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Melihat sahaja kapsyen yang ditulis Hairul menunjukkan peminat memberi komen kerana merasakan mungkin Yusuf merindukan ayahnya itu setelah berpisah kerana kerja.

Rata-rata turut merasa sedih melihat keadaan Yusuf malah ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama seperti di alami keluarga ini. Mana kan tidak, siapa yang sanggup berpisah dengan anaknya kalau tidak kerana urusan kerja.

Demam rindu…

Get well soon…

Setiap kali anak-anak berjauhan…

Anak saya pun macam ni…

Sumber: IG Hairul Hazreen

KisahDunia.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *