“Ada air sembahyang ke?” – Aksi ‘bersemut’ Tun Dr. Siti Hasmah ucap tahniah kepada Tun M

Semalam merupakan hari yang penting di dalam sejarah Malaysia semenjak penubuhannya pada tahun 1963 apabila mencatatkan pemindahan kuasa kepada pihak pembangkang setelah tampuk pemerintahan diterajui oleh Barisan Nasional semenjak dari tahun 1957 lagi.

Barisan pembangkang atau dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) yang dikepalai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir telah berjaya memperolehi kemenangan yang besar buat pertama kalinya.

Di dalam sebuah video yang menjadi tular semenjak lewat malam semalam, isteri Tun M, Tun Dr. Siti Hasmah telah mengucapkan tahniah kepada suaminya itu setelah kemenangan berpihak kepada gabungan parti yang dipimpin oleh suaminya itu.

Ada air sembahyang ke?

Tahniah Tun M….Yang penting dalam kehidupan kita bukan permulaan hidup, tetapi bagaimana pengakhiran dalam kehidupan kita….Semoga perjuangan Tun Mahathir sentiasa diberkati ya Allah dan Semoga Tun M panjang umur untuk lebih lama jadi perdana menteri Malaysia……Aamin…..Allhamdulilah dapat ciuman dari isteri Tun M…Amin Our legend Malaysian Prime Minister,Tun Dr. Mahathir Muhamad..👍❤Thank you for your legacy, Dr Mahathir..👍👍❤Tolong Share tanda-tanda bersyukur pada Allah..

Posted by Kaki Share on Wednesday, 9 May 2018

Tun Dr. Siti Hasmah sempat bertanya sama ada ada air sembahyang atau pun tidak sebelum memeluk erat dan mencium suaminya itu.

Bangun pagi, terus menitis air mata

Video yang berlegar-legar di Facebook dan Whatsapp ini telah membuatkan hati rakyat Malaysia, terutamanya di kalangan penyokong PH berasa terharu dengan sikap supportive yang diberikan oleh Tun Dr. Siti Hasmah itu.

Di usia yang tua, masih fikirkan pasal negara

Kerana seorang wanita bernama isteri

Sumber: Ohmymedia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *