“Pengerusi SPR patut letak jawatan, sampah…” – Netizen puji ketelusan hos & ahli panel Astro AWANI

Bukan senang ingin menjadi pengulas berita secara siaran langsung, lebih-lebih lagi pada waktu penting seperti proses pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada malam tadi.

Tidak lupa bagi saluran berita 24 jam nombor satu di Malaysia, Astro AWANI yang menjadikan liputan PRU14 itu sebagai topik utama dalam perbincangan.

Namun apa yang menarik perhatian adalah ketika sesi perbincangan bersama tetamu jemputan yang dikendalikan oleh dua pengacara (moderator), Nazri Kahar dan Kamarul Bahrin Haron.

Rata-rata pengguna Twitter meluahkan rasa kepuasan mengenai liputan secara menyeluruh yang disediakan khas oleh pihak produksi kerana perbincangan tersebut tidak menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya disampaikan secara adil dan berhemah.

Moderator tak takut bersuara!

Awani hero sebenar!

Tak kelam kabut…

Contoh media terbaik!

Panel bincang secara jujur…

Tiada penipuan, hanya kebenaran!

Liputan terbaik!

Kebebasan media!

Tidak lupa keberanian salah seorang ahli panel yang juga penganalisis politik, Karim Raslan lantang bersuara dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang mengambil masa agak lama untuk mengumumkan keputusan rasmi.

‘Serang’ SPR sebab lambat umum

Panel berani bersuara!

Awani tengah ‘marah’!

Wow! Kami suka Awani…

Karim Raslan yang jujur!

Tahniah Karim!

‘Steady’ je hentam SPR…

Sumber : Twitter

 

Kredit: Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *