“Eh dulu sokong BN, sekarang Tun M?…” – Pernah kempen calon BN, Adi Putra dituduh jadi ‘lalang’

Sejak keputusan PRU14 diumumkan pada awal pagi Khamis, terdapat beberapa selebriti tanah air meluahkan rasa syukur dengan kemenangan Tun M sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Rata-rata para selebriti mereka tidak lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan itu kerana mencipta sejarah tersendiri buat Malaysia selepas memegang jawatan nombor satu negara itu buat kali kedua.

Tindakan tersebut turut dilakukan oleh pelakon, Datuk Adi Putra yang turut memberi ucapan sokongannya terhadap pemimpin berusia 93 tahun itu.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon filem Makrifat Cinta itu telah memuat naik gambar Tun M atas kejayaan berkenaan namun telah dihujani kritikan dan kecaman netizen.

“Tahniah @chedetofficial Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang ke-7, Semoga terus membina negara harapan dan membela agama, bangsa dan tanah air tercinta. Dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Allahu Akhbar. Amin,” tulisnya menerusi kapsyen.

Sebelum ini, pelakon kelahiran Singapura itu mengesahkan bahawa dirinya kini telah diiktiraf sebagai seorang warganegara Malaysia dengan berkongsi informasi kad pengenalan miliknya pada minggu lalu.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen tidak berpuas hati menerusi ruangan komen Instagram pelakon itu yang menyifatkan dia tidak memiliki sikap dan pendirian atau merupakan seorang yang ‘lalang’.

Tukar bendera ke?

Cepatnya lompat parti?

Tiba-tiba jadi lalang?

Namun tidak kurang juga ada beberapa netizen yang meminta kerajaan baharu melakukan siasatan bagaimana pelakon itu boleh memiliki kad pengenalan yang mengiktiraf dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia.

Rampas balik IC dia…

Kaji macam mana boleh dapat IC?

Dapat pangkat sebab sokong BN?

Senangnya dapat IC biru?

Sumber : Adi Putra

Kredit: Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *