Kekal menjadi Menteri Besar Selangor, anak Azmin Ali bangga dengan kejayaan ayah tercinta

Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum yang baru berakhir telah menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.

Sudah tentu kejayaan itu diraikan oleh ramai pihak terutama penyokong PH yang setia dengan beberapa pemimpin politik terutama perjuangan Tun M sejak dari dahulu lagi.

Namun tiada apa yang lebih membanggakan bagi Farah Afifah apabila ayahnya, Datuk Seri Azmin Ali sekali lagi dilantik menjadi Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.

Ahli keluarga Azmin

Bersama ayah tercinta

Menerusi laman Instagram miliknya, gadis berusia 23 tahun itu melahirkan rasa syukur apabila ayahnya yang juga Timbalan Presiden PKR Berjaya mengekalkan pucuk pimpinan di bawah kerajaan negeri Selangor.

“Abah: Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan selama 20 tahun ini. Akhirnya kita berjaya melakukannya,” tulisnya menerusi kapsyen.

Kejayaan itu turut menggembirakan pengikutnya di Instagram yang rata-rata tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan luar biasa itu.

Alhamdulillah, tahniah!

Kami sayang Azmin!

Azmin berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa yang masing-masing dimenangi sejak PRU-12.

Sumber : Farah Afifah

 

Kredit: Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *