Tun Mahathir angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7, Anwar senyum gembira

Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencipta sejarah apabila beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua hari malam tadi susulan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu lepas.

Beliau yang memakai baju Melayu hitam dan bersamping songket hitam keemasan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara jam 9.30 malam tadi.

Pastinya rakyat Malaysia menunggu detik bersejarah tersebut, begitu juga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak terlepas untuk menjadi saksi sejarah dan menyaksikan secara langsung detik penting dalam lipatan sejarah Malaysia.

Seorang pengguna Instagram dikenalisebagai @jaiezzany telah memuat naik sebuah video yang melihatkan Anwar menonton Perdana Menteri yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah jawatan dan sumpah kerahsiaan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Video yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna Instagram itu melihatkan bahawa Anwar sedang menonton detik bersejarah itu, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah jawatan dan sumpah kerahsiaan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Rata-rata netizen te;a meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut.

Video istiadat angkat sumpah Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

 

Sumber: Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *