Sering dilabel mat salleh celup, Dr. Amalina buktikan boleh cakap loghat Kedah meskipun sudah lama tinggal di UK

Siapa yang tidak mengenali pelajar hebat, Nur Amalina Che Bakri yang pernah mengejutkan orang ramai dengan keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beliau pada tahun 2004. Kini beliau sudah bergelar seorang pakar perubatan di United Kingdom.

Kerap berkongsi tips dan pandangan beliau mengenai isu semasa terutamanya di dalam isu-isu kesihatan, beliau sering menjadi sasaran netizen yang tidak ‘sebulu’ dengan pandangan ilmiah beliau.

Siapa yg selalu cakap Dr. Amalina ni culture shock lah, tak ingat tanah air lah, tolong baca Tweet dia yang iniDr. Amalina yang juga seorang penggemar fesyen turut dikutuk ramai dengan menggelarkan beliau sebagai mat salleh celup kerana gayanya yang berbeza daripada wanita-wanita lain di Malaysia.

Baru-baru ini, Dr. Amalina telah memuatnaik sebuah tweet yang memberitahu tentang kebanjiran masuk golongan makcik yang mengikuti beliau di Twitter.

Kecoh habis!

Sapa kata dia ‘culture shock’ lah

Tweet yang mengandungi tiga belas patah perkataan itu kemudiannya telah menarik perhatian pengguna yang lain yang merasakan ianya lucu kerana loghat utara yang digunakan oleh Dr. Amalina di dalam tweet beliau itu.

Makcik bawang dah sampai London

Seorang pengguna Twitter berasa kagum kerana terma ‘makcik bawang’ telah pun berjaya tiba di London. Abir Abdul Rahim turut menasihatkan Dr. Amalina supaya lebih tabah dan kental ketika berhadapan dengan golongan-golongan seperti ini.

Doktor, ketahuilah…

Bagi merungkaikan sebarang ‘misteri’, seorang pengguna Twitter telah berkongsi maksud di sebalik terma pakcik dan makcik bawang yang sudah pun mendominasi laman-laman media sosial.

Semoga Dr. Amalina memiliki mental yang kental dan sentiasa bersikap rasional ketika berhadapan dengan golongan-golongan bawang di laman-laman media sosial selepas ini. Good luck doktor!

 

Sumber: Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *