“Dua-dua Tak Nak Kalah! Fokus Betul Mata Tu”- Netizen Terhibur Melihat Gelagat Suami & Biras Che Ta Main Rebut Kerusi

Agak lama sebenarnya kelibat pelakon popular Rozita Che Wan atau Che Ta tidak kelihatan menghiasi televisyen menerusi drama bersiri ataupun telefilem. Namun, di laman Instagram peribadinya yang memiliki 3.6m pengikut, Che Ta sering berkongsi mengenai perkembangan dirinya melalui gambar, video mahupun insta stories untuk para pengikutnya.

Walaupun agak sibuk dengan jadual seharian, beliau masih sempat untuk meluangkan masa bersama anak-anak, suami dan keluarga. Semalam, beliau telah memuat naik video yang telah mencuit hati netizen iaitu pertandingan rebut kerusi di antara suami, Zain Saidin dan biras beliau Zaquan Adha iaitu suami kepada Ayu Raudhah.

Berikut merupakan video pertama yang telah dimuat naik

The Biras #musiclechair #zaquanadha #zainsaidin #laurazuleykhaaqiqahs

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Paling melucukan, netizen turut sama menunggu keputusan siapakah yang akan memenangi pertandingan rebut kerusi tersebut kerana muzik yang di mainkan terlalu lama. Manakala video kedua telah menunjukkan pemenang pertandingan rebut kerusi iaitu Zain Saidin.

Berikut merupakan video kedua yang telah dimuat naik 

Pelbagai komen yang ditulis oleh netizen dan hampir keseluruhannya terhibur dengan video tersebut yang sangat kelakar. Video yang telah dimuat naik masing-masing mendapat tontonan 7k daripada netizen.

Nebes wei klu main musicchair… Jantung laju serta merta

Hebattt… Tak larat nak gelak

Hahahahaha. Kalah budak-budak

Siapa menang?

Sabar ja tunggu… Rupanya pusingan diteruskan…

Sumber: IG Rozita Che Wan

KisahDunia.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *