Meriah & manis berhijab, ini sekitar majlis sempena menyambut bulan Ramadan oleh Jihan Muse

Sedar tak sedar, kita sudah menghampiri penghujung Syaaban dan akan bertemu bulan yang dinantikan ramai umat Islam iaitu Ramadan dimana penuh dengan keberkatan oleh Allah SWT.

Pastinya ramai yang melakukan persiapan untuk menghadapi bulan tersebut yang diibaratkan seperti menunggu kedatangan tetamu sangat dinantikan, tidak terkecuali bagi para artis di dalam industri yang ingin bermuhasabah diri.

Terbaru, pengacara dan pelawak Jihan Muse telah mengadakan satu majlis istimewa sempena menyambut bulan ke sembilan dalam kalendar Islam itu.

Dihadiri oleh tetamu jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai dan kenalan terdekat, majlis berkenaan berlangsung dengan meriah di kediaman pengacara Gegar Vaganza itu yang terletak di Seksyen 17, Shah Alam, semalam.

Jom kita tengok beberapa gambar menarik yang dirakam sepanjang majlis itu berlangsung! Semoga Ramadan pada kali ini akan lebih bermakna buat kita semua. Amin!

Pakcik-pakcik surau!

Manisnya Jihan!

Ruang makan. Yums!

Jemput makan pakcik!

Amboi Ungku, sedapnya aiskrim!

Tema ungu gitu!

Gosip apa lah tu!

Eh Syada Amzah pun ada!

Kasi makcik ‘chance’ nak bergambo!

Jihan & muka tak bersalah dia!

Dikelilingi member. Meriah!

Ramai belum hilang dakwat biru!

Gadis-gadis melayu yang menawan!

Awalnya dapat duit raya!

Wajib gambar depan pintu!

Mark Adam & isteri dia. Cun!

Baby ninja malu nak pandang kamera!

Sumber : onemoment.co

 

Kredit: ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *