“Tegas tapi sebenarnya lucu nauzubillah!…” – Dipuji netizen, Wan Azizah buka rahsia Nurul Izzah

Sempena sambutan Hari Ibu yang berlangsung semalam, ramai para selebriti mengambil kesempatan untuk memberi ucapan penghargaan buat ibu dan bapa kesayangan masing-masing.

Seorang jurugambar popular di laman media sosial, Pinography turut meraikan sambutan tersebut dengan memuat naik sedutan video yang dijayakan oleh pemimpin politik terkenal iaitu Datuk Seri Wan Azizah bersama anaknya, Nurul Izzah Anwar.

“Selamat Hari Ibu, kepada seluruh ibu di dunia ini. Pengorbanan ibu tiada tandingannya.

“Selamat Hari Ibu, kami tinggalkan video ekslusif khas buat anda sempena hari ibu bersama Wanita pertama Malaysia sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia @drwanazizah dan Puteri Reformasi yang tegas dalam mempertahankan hak rakyat dan negara @n_izzah,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi sedutan video berdurasi seminit itu, pasangan ibu dan anak berkenaan melakukan ‘game show’ dengan menjawab beberapa soalan trivia mengenai sifat peribadi dan minat yang ada pada diri masing-masing.

Antara perkara yang didedahkan oleh Wan Azizah ialah hobi anaknya yang juga merupakan Naib Presiden PKR iaitu gemar mencari lagu popular di radio.

Walaupun video tersebut dimuat naik menerusi laman YouTube pada Disember tahun lalu, namun sesuai untuk di ‘throwback’ bagi melihat keakraban hubungan antara ibu dan anak.

Rata-rata netizen memberikan pelbagai komen serta memuji hubungan rapat yang terjalin antara dua beranak itu dan menyifatkan mereka comel, lucu dan ‘sweet’.

 

Tegas tapi lucu!

Comelnya anak beranak!

Jom kita lihat versi penuh video tersebut yang penuh dengan keletah dua beranak ini :

Sumber : Pinography , Nurul Izzah

Kredit: Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *