[VIDEO] “Tak Payah Nyanyi Live Habis Satu Rumah Sesak Nafas!” – Nyanyian Janna Nick Di DFKL2018 Dikritik Ramai?

Semalam difahamkan telah berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 untuk edisi yang kelima.

Majlis berkenaan yangbertemakan #MasaUntukDrama tampil dengan beberapa persembahan menarik daripada para selebriti.

Selain Datin Diana Danielle, selebriti Janna Nick juga merupakan antara artis yang membuat persembahan pada malam berkenaan.

Namun lain jadinya apabila nyanyian Janna yang mendendangkan lagu Akan Bercintamenerima kritikan ramai.

Rata-rata seolah-olah tidak percaya dengan suara Janna, selain ada yang kecewa mendengar persembahan yang dipersembahkan penyanyi berumur 23 tahun itu.

Walau pun menerima komen negatif, Janna turut menerima komen membangun daripada peminatnya.

Difahamkan Janna berjaya merangkul anugerah Aktres Pilihan dalam majlis berkenaan.

Anugerah DFKL 2018 mempertandingkan 11 kategori iaitu Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulisan Skrip Pilihan, Lagu/OST Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Pilihan tonton VIP, Drama Radio Pilihan dan Drama Pendek Pilihan.

Sumber Youtube TV3 Malaysia Official

Kredit: Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *