“Anak beranak semua kacak cantik!…” Abang yang kahwin, tetapi ayah & kakak Zul Ariffin jadi perhatian

April lalu mungkin bulan yang malang bagi pelakon, Zul Ariffin apabila dihimpit beberapa kontroversi panas. Selepas kecoh kisah putus cinta dengan aktres Zahirah MacWilson, laman media sosial dikejutkan pula dengan gambar alat sulitnya.

Namun setelah memberi penjelasan kerana ada pihak yang sengaja mahu memalukan dan mensensasikan keadaan, kisah kehidupan pelakon filem J Revolusi itu kembali tenang seperti biasa.

Terbaru, jejaka berusia 32 tahun itu telah memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya berkongsi detik istimewa sempena majlis perkahwinan abangnya, Zulkarnain Ariffin.

Congratulations abang! #wemissumom

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Fam #wemissumom

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Namun apa yang menarik perhatian adalah gambar dia bersama ayahnya, Ariffin Hassan yang kelihatan anak beranak itu tersenyum kacak, manis dan penuh dengan kasih sayang.

“Zul & Ariffin : 32 tahun hidup, ini gambar yang ke-7 ayah saya senyum! Memang wajib post!,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Para pengikutnya turut memuji kemanisan mereka berdua dan rata-rata mengatakan itu merupakan kali pertama melihat wajah ayah kesayangannya serta mendoakan agar hubungan anak beranak itu kekal bahagia.

Comelnya!

Senyuman kasih sayang!

Hai ayah. Eh pakcik!

‘First time’ tengok muka ayah!

Hai bapa mertua!

Walau bagaimanapun, gambar Zul bersama kakaknya iaitu Siti Hanim dan Siti Rahayu turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji kecantikan dan kejelitaan yang dimiliki oleh adik-beradiknya itu.

Sisters♥️ #wemissumom

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Cantiknya kakak!

Macam kacukan!

Sumber : Zul Ariffin

Kredit: Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *