“Tengok dia pun saya boleh penat…” – Diundang ke set MeleTOP, Syed Saddiq dedah rahsia Tun M

Nampaknya pemimpin muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sentiasa sibuk memenuhi jadual dan undangan program sejak memenangi kerusi Parlimen Muar menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada minggu lalu.

Terbaru, YB berusia 26 tahun itu telah menjadi tetamu dalam program MeleTOP terbitan ASTRO bersama pengacara Neelofa dan Nabil pada malam tadi.

Menerusi temubual, Syed Saddiq Abdul Rahman mengagumi Tun M yang masih aktif bersukan, termasuk menunggang kuda dan berbasikal pada setiap hujung minggu, walaupun sudah berusia 92 tahun.

Walaupun masih muda, dia sendiri mengakui berasa penat apabila melihat Tun M melakukan aktiviti tersebut yang lebih bersemangat berbanding golongan remaja ketika bersukan.

Tambah Syed Saddiq, Tun M juga merupakan seorang yang sangat tegas dan menepati masa. Namun di sebalik sikap pemimpin yang terdapat dalam dirinya, beliau sangat ‘chill‘ dan lucu.

Selain itu, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu turut menyifatkan bahawa Tun M seperti terperangkap dalam jasad 92 tahun, tetapi semangat dalam diri seperti individu berusia 30 tahun.

Dalam program itu juga, Syed Saddiq turut berkongsi beberapa nasihat Tun M kepadanya, termasuk agar dia berpegang kukuh kepada pendirian dan tidak lupa sebab sesuatu pendirian diambil.

Sumber : Youtube MeleTOP , IG MeleTOP , echolalia pictures

 

Kredit: Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *