“Arwah abah aku mesti cakap ‘la depa tak benti lagi ka?’…” – Netizen kagum perjuangan Tun M & Anwar Ibrahim

Selepas Pakatan Harapan (PH) memerintah dan mentadbir negara, ramai yang berharap gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diyakini rakyat untuk memacu Malaysia ke landasan yang lebih baik.

Walaupun PRU14 telah berakhir sejak dua minggu lalu, namun kehangatan bertanding antara pemimpin politik masih menjadi bualan mulut netizen sehingga kini, terutama melalui laman media sosial.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah memuat naik posting mengenai Perdana Menteri dan Ketua Umum PH itu yang kelihatan bergambar bersama ketika perlantikan anggota kabinet yang baharu.

Menurut Eddie Putra, sekiranya arwah datuknya yang meninggal dunia pada tahun 1996 melihat semula gambar kedua-dua tokoh berpengaruh itu, pasti terkejut kerana mereka masih belum bersara dari dunia politik.

“Laa, depa tak berhenti lagi ka?”

Posting tersebut menerima pelbagai komen daripada warga Twitter lain yang turut bersetuju mereka merupakan tokoh legenda kerana sama-sama berjuang selama dua dekad tanpa mengenal erti putus asa dalam arena politik ini.

“La berkawan pulak dah dorang ni?”

Power lah dua orang ni…

Nenek terkejut tahu Tun M PM baru…

Semuanya demi Malaysia tercinta!

Terdapat banyak kisah dan sejarah antara Tun M dan Anwar suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, kini mereka kembali bersatu demi memartabatkan negara Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Sumber : Eddie Putra

Kredit: Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *