“Dia pesan jangan sibuk nak jadi menteri…” – Nasihat pertama Anwar Ibrahim selepas PH menang

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mendedahkan bahawa bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah memberikan satu pesanan kepadanya selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14 pada 9 Mei lalu.

Menerusi satu temu bual bersama Sinar Harian di FB Live, Nurul Izzah berkata antara perkara pertama yang bapanya pesan adalah tidak perlu sibukkan diri untuk menjadi menteri secara beramai-ramai.

Tambah Naib Presiden PKR itu, bapanya yang juga Ketua Umum PKR sering mengingatkan bahawa kehidupan ini adalah satu perjuangan namun pesanan seperti itu sudah sebati dengan dirinya yang memulakan gerakan reformasi sejak 20 tahun dulu.

Nurul Izzah turut menyatakan bagaimana bapanya sangat menghargai sokongan rakyat setelah membentuk kerajaan baharu dan Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi pengampunan serta merta kepadanya.

Wanita berusia 37 tahun itu turut berkata, bapanya ada menyebut sangat kasihkan dan menghargai sokongan rakyat ketika keluar dari penjara kerana tanpa rakyat, siapalah mereka.

Sumber : mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *