Ini Penjelasan Syafiq Kyle Mengenai Video Kontroversi, Screenshot DM

Susulan kontroversi yang melanda dirinya yang kian hangat diperbedatkan menerusi media sosial, aktor Syafiq Kyle tampil secara profesional dengan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung apa yang telah berlaku.

Kenyataan yang dikeluarkan menerusi Instagram miliknya sebentar tadi itu, Syafiq secara terperinci menjelaskan apakah reaksinya terhadap isu terbabit.

Katanya seperti yang dipetik, Syafiq turut mengharapkan agar adalah lebih baik sekiranya perkara ini tidak dipanjangkan lagi, selain menghormati bulan Ramadan.

Pada masa sama, pelakon berusia 25 tahun itu juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung isu berkaitan, sekiranya ia masih berpanjangan.

Berikut merupakan kandungan kenyayaan media dua isu utama yang dijelaskan pelakon drama Nur ini.

Minggu ini, heboh di kalangan pengguna media sosial apabila ada yang mendakwa video yang memaparkan wajah dan nama hampir sama dengan pelakon berkenaan yang dikatakan sedang melakukan aksi panas menerusi video call bersama seorang individu, dikenali sebagai Mira.

Difahamkan juga, durasi penuh video kontroversi itu sebelum ini dijual di pasaran gelap. Bagaimanapun, ia menjadi tular lalu menimbulkan pelbagai spekulasi.

Pada masa sama, muncul pula episod baru di dalam isu berkenaan apabila seorang individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan akaun palsu, memaparkan screenshoot ‘rayuan’ Syafiq menerusi IG.

‘Rayuan’ tersebut berkemungkinan mempunyai kaitan dengan video panas yang telah tersebar.

Diharapkan, menerusi penjelasan yang diberikan peminat dapat memahami situasi yang sedang dilalui Syafiq.

Sumber: Media Hiburan 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *