Majlis sederhana tetapi meriah, Mat Sabu buka puasa bersama jiran tetangga & kawan-kawan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan suci dalam Islam. Semua umat Islam diwajibkan berpuasa dan itu juga termasuk dalam Rukun Islam yang ketiga. Perkara yang paling indah ketika menjelangnya bulan suci ini ketika menunggu azan Maghrib dan berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan.

Begitulah situasi indah yang dapat dikongsikan bersama apabila Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu berbuka puasa bersama-sama rakan dan jiran tetangga di perkarangan kediamannya di Kampung Guar Petai, Pulau Pinang pada Ahad lepas.

Beliau juga telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Facebooknya yang melihatkan suasana yang disambut secara sederhana tetapi meriah  dengan kehadiran orang ramai dan pelbagai juadah yang disediakan itu.

Menerusi kapsyenya, “Hari ini saya mengadakan majlis berbuka puasa di rumah saya di Guar Petai. Terima kasih kepada rakan-rakan dan jiran-jiran yang sudi datang. Mohon maaf jika ada kekurangan”.

Berkonsepkan kanopi putih, majlis berbuka puasa itu dihadiri lebih 100 tetamu dan Mat Sabu juga telah memberi sedikit ucapan sebagai menghargai jasa orang ramai yang sudi hadir untuk berbuka puasa bersama.

Suasana di perkarangan kediaman Mat Sabu.

Majlis berbuka puasa berjalan lancar.

Mat Sabu beri ucapan sebelum berbuka puasa.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan gambar tersebut yang memuji sikap rendah diri Mat Sabu sebagai seorang menteri.

Respon netizen.

Sumber : FB Mohamad Sabu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *