‘Raissa Twin’ yang teramat comel dan gebu, anak kembar personaliti TV Al-Hijrah curi tumpuan

Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ibu bapa juga ibarat kain putih yang mencorakkannya.

Bagi personaliti dan juga penyampai berita TV Alhijrah, Fara Hanim Razak amat menyanyangi kedua-dua cahaya mata kembarnya iaitu Amina Raissa dan Amira Raissa, masing-masing mencecah usia 4 bulan. Sekali pandang memang tidak dapat membezakan antara keduanya yang mana adik dan yang mana satu kakak.

Menerusi akaun Instagram Fara, beliau sering berkongsi gambar anak-anaknya dengan keletah anak kembarnya itu yang semakin membesar dan bijak.

Pakaian sedondon setiap hari.

Ibu muda berusia 28 tahun ini, sangat teruja melayan kerenah anak-anak kembarnya itu. Malah pakaian dan aksesori  yang digayakan sedondon setiap hari.

Fara juga sentiasa update mengenai perkembangan bayinya comelnya itu. Kedua-dua mereka sudah boleh meniarap dan berlumba-lumba antara satu sama lain.

Gilir-gilir jaga anak.

Fara telah berkahwin dengan Dr. Arif yang juga merupakan seorang doktor gigi pada 17 Mac tahun lepas. Oleh kerana kedua-duanya sibuk bekerja, Fara dan suami akan bergilir-gilir menjaga kembar mereka yang diberi gelaran ‘Raissa Twin’ (Amina Raissa dan Amira Raissa).

 

sumber: Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *