[VIDEO]”Ayah Terlampau Jeles! Hahaha! Geram Sekali Ambik Kau! 100000000 Kali Duk Ulang Doh!”-Aeril Sakat Anak, Netizen Terhibur Tengok Muka Geram Hayla!

Siapa yang tidak kenal dengan wajah si cilik yang comel dan matanya yang bulat besar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa atau nama panggilan manjanya dikenali sebagai Hayla.

Malah, si cilik yang cerdik ini merupakan anak kepada pasangan kaki hindustan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Tidak hairan lah muka Hayla nampak sweet, bak kata pepatah ‘mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’. Ibunya, Wawa juga sangat cantik dan manis.

Hayla juga mempunyai seorang abang yang dikenali sebagai Attar. Wajah Attar juga saling tak tumpah irasnya dengan wajah Aeril Zafrel. Walaupun Hayla tidak terlalu ditonjolkan gelagatnya dalam laman media sosial, namun siapa sangka si kecil molek ini sudah mempunyai peminatnya sendiri.

Baru-baru ini, Wawa telah memuatnaik video Hayla sedang mencium wajahnya. Begitu khusyuk sekali Hayla mencium Wawa Zainal ya. Nampak sangat sayang lebih dekat ibunya. Video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen “tak cukup nyakat mak dia anak pun tak habis-habis kena sakat dengan Aeril”.

tak cukup nyakat mak dia anak dia pun tak habes2 kene sakat ngn @aeril_zafrel 😢

A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

Dalam video itu, Aeril telah menyakat Hayla dengan menarik seluar anak perempuannya itu. Reaksi Hayla selepas seluarnya ditarik memang sangat comel. Malah, Attar juga turut ketawakan adiknya. Rata-rata netizen yang menonton video tersebut memberikan komen yang positif dan memuji Hayla. Ada juga netizen yang kata Aeril jeles Hayla sayang ibu lebih.

Sweet…

Bapak jeles dengan anak…

Sakan gelakkan…

Ayah suka menyakat…

Terlampau jeles…

Hayla kena buli…

Ulang tengok…

 

Sumber: IG Wawa Zainal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *