Dilayan bagaikan bidadari, Awal Ashaari buat kejutan sambutan hari lahir Scha Alyahya

Ulang tahun kelahiran pelakon Scha Alyahya bertambah manis kerana suaminya, Awal Ashaari memberi kejutan apabila menyambut hari lahir itu dengan berlatar belakangkan pemandangan KLCC.

Menerusi perkongsian Awal di Instagram miliknya, bekas pengacara program hiburan Melodi itu telah memuat naik beberapa keping gambar ketika menyambut hari jadi isterinya yang ke-35 tahun.

“Happiest birthday to the Queen of my heart, @schaalyahya #saripahkertu35 #oklahbolehtidodalambiliktonight,” katanya.

Turut ditulis menerusi kapsyen, ‘hashtag’ #oklahbolehtidodalambiliktonight kerana cemburu isterinya itu ada bergambar bersebelahan pelakon antarabangsa terkenal Chris Hemsworth baru-baru ini.

Rata-rata pengikut Instagram pasangan yang memiliki cahaya mata bernama Lara Alana ini memberikan pelbagai komen dengan mendoakan yang terbaik buat Scha.

Selamat hari lahir!

Semoga dirahmati…

Manisss sangat…

Namun tidak kurang ada juga yang memuji dirinya kelihatan lebih muda dari usia sebenar kerana mungkin tampil dengan fesyen dan gaya rambut pendek yang comel!

Masih cantik macam 25 tahun!

Lahhh 35 tahun ke?

Tak nampak macam 35 tahun pun…

Sumber : Awal Ashaari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *