Asal-usul jaket Nehru, baju No. 1 kegemaran Tun Mahathir

Sekiranya diperhatikan, semenjak dari dahulu lagi imej dan pemakaian Perdana Menteri, Tun Dr Mahahtir Mohamad konsisten dan tidak banyak berubah.

Tapi mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Tun M sebenarnya tidak suka memakai tali leher, maka kerana itulah beliau tampil dengan gaya-gaya seperti yang kita semua lihat sehingga kini.

Beliau sering dilihat memakai jenis pakaian yang serupa seperti sut lengkap bertali leher, baju Melayu, jaket bush ataupun jaket Nehru ke mana-mana majlis sepanjang penglibatan beliau di dalam dunia politik.

Untuk pengetahuan semua, Nehru atau Jawaharlal Nehru adalah Perdana Menteri India pertama selepas negara itu bebas daripada penjajahan British.

Walau bagaimanapun, jaket Nehru merupakan penampilan kegemaran Tun M yang diilhamkan oleh tukang jahit rekaan pakaian serta sut mewah tempatan kegemarannya iaitu Robert Loh, pemilik Lords Tailor.

Disebabkan sikapnya yang tidak tidak gemar memakai tali leher, lalu semakin hari beliau rasa semakin selesa mengenakan jaket ala Nehru itu di majlis-majlis tertentu.

Kalau anda ingin tahu, hubungan perkenalan antara Tun M dan Loh ini telah lama dibina sejak puluhan tahun yang lalu. Ia bermula apabila anak Tun Ghafar Baba iaitu Asri telah memperkenalkan beliau kepada tukang jahit tersebut.

Semenjak dari itu, hanya baju rekaan Loh sahaja menepati citarasa beliau berbanding rekaan sut yang selalu ditempah di Alor Setar kerana tidak begitu selesa dengan jahitannya.

Apa yang mengejutkan, sehingga kini ukuran badan beliau masih tersemat dalam fikiran Loh manakala ukuran pinggang Tun M pula adalah 34 inci dan ‘maintain’ selama beberapa puluhan tahun.

Walau bagaimanapun, selain Tun M, Lords Tailor juga pernah mengenakan sentuhan untuk digayakan oleh pereka fesyen, Datuk Jimmy Choo, legenda sukan tinju, Muhammad Ali dan pelakon, Mel Gibson.

Sumber : The Star Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *