“Baru nak tambah nasi, anak abah nangis pulak…” – Usikan Jep Sepahtu untuk anak buat peminat terhibur!

Selain nama anak-anak selebriti yang ‘famous’ seperti Aaisyah Dhia Rana atau Yusuf Iskandar, bayi comel yang merupakan anak kepada pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu juga turut menjadi perhatian netizen.

Hampir mencecah usia dua bulan, bayi perempuan yang diberi nama Dariya Inara itu sering dinantikan oleh orang ramai menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagram.

Terbaru, suami kepada pelakon Sari Yanti itu sekali lagi memuat naik sekeping gambar bersama anaknya beserta kapsyen yang sudah tentu menimbulkan kelucuan bagi para pengikutnya.

“Seorang abah yang tak sampai hati nak menambah nasi buat kali ketiga setelah melihat anak kesayangannya menangis sejak dia tambah nasi kali pertama…,” katanya menerusi ruangan kapsyen tersebut.

Melihat kepada gurauan berkenaan, netizen turut memberikan pelbagai reaksi dimana rata-rata cuba mengusik ‘abah’nya yang kuat makan dan kelakar!

Terbaik la abah!

Baru sorang anak, hang tunggu!

Lah, ingat tak dapat makan! Rupanya…

Namun tidak kurang ada pula yang memuji dekorasi rumah pasangan selebriti itu kerana kelihatan cantik dan kemas serta tenang apabila melihat keadaan di sekitarnya.

Cantiknya dekorasi rumah!

Lawa sangat…

Sumber : Jep Sepahtu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *