“Tak Kisah La Orang Kata…Yang Penting Kita Happy Kan…?”- ‘Bersemut’! Peminat Tidak Sabar Lihat Zara Kahwin Dengan Hafreez Adam!

Pasti ramai yang mengenali pasangan sweet ini namun apa yang tidak enak didengar adalah pelakon Zara Zya terpalit dengan kontroversi mengenai kisah cintanya itu.

Terdahulu, difahamkan percintaan pelakon cantik ini bersama pelakon Hafreez Adam adalah dikatakan berpura-pura hanya ingin menyembunyikan hubungan Zara dengan pengurusnya iaitu seorang perempuan. Namun Zara telah menafikan tuduhan tersebut.

Apapun, baru-baru ini Zara Zya memuat naik foto dan status dengan kapsyen “Tak kisah la orang kata kita. Yang penting kita happy kan awak?@hafreezadam” dan ia membuatkan rata-rata peminat mereka mendoakan hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin.

Hubungan mereka yang sangat mesra dan acapkali dilihat berbalas komen di laman Instagram, namun kali ini ramai yang melihat status Zara terlalu sweet buat peminat sehingga ada peminat mengatakan agar segala urusan mereka berdua dipermudahkan.

Status ini telah mendapat lebih 10ok likes dari peminat mereka.

Berbalas…

Sweetnya korang tak sabar nak tengok wedding…

Tudiaa. Mula da bersemut…

 

Sumber: IG Zara Zya/ Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *