Ulang tahun hari jadi Yusuf Iskandar, Bujibu Chempel pula jadi perhatian

Lazimnya, majlis harijadi disambut meriah dengan pelbagai jenis makanan, kek, belon dan kehadiran sanak-saudara dan rakan-rakan. Namun, berbeza pula dengan anak pasangan selebriti popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusuf Iskandar.

Pada Sabtu lepas, genap usia kanak-kanak comel berusia 2 tahun itu meraikan hari jadinya secara sederhana bersama kedua ibu bapanya. Tidak perlu berhabisan wang ringgit, Hairul dan Hanis meraikannya secara simple di kediamannya sahaja.

Ketiga-tiga beranak itu telah memuat naik video dan gambar di akaun Instagram masing-masing yang melihatkan telatah comel Yusuf meraikan harijadinya itu. Namun, apa yang menarik perhatian adalah kucing peliharaan pasangan artis itu, Bujibu Chempel.

Happy birthday, Yusuf.

Kek durian original.

Yusuf Iskandar ketika kecil.

Rata-rata peminat mereka telah meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut. Ada segelinitir mereka yang tertarik dengan Bujibu yang berasa kurang perhatian semenjak kehadiran Yusuf.

Bujibu jealous!

Bujibu terkejut!

Happy birthday, Yusuf.

Sumber : Hanis, Hairul, Yusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *