Sahur dan iftar di bumi Syria, Noh Salleh dan Mizz Nina aktif beri bantuan kepada rakyat Syria

Pernikahan merupakan satu perkara yang sangat indah buat pasangan suami isteri. Kenangan itu tidak boleh dilupakan sampai bila-bila kerana kita telah memilih pasangan untuk hidup bersama. Kelebihan dan kekurangan perlu diimbangi oleh setiap pasangan untuk mewujudkan keserasian dalam perkahwinan.

Pasangan sejoli, Noh Salleh dan Mizz Nina merupakan pasangan yang bahagia kerana susah dan senang sama-sama mengahadapi situasi tersebut. Alhamdulillah, sehingga kini, kehidupan mereka telah berubah menjadi lebih baik dan kini bergiat aktif dalam misi kemanusian membantu pelarian Syria.

Sering berkongsi gambar dan video di Instagram masing-masing, Mizz Nina tidak kekok untuk berjumpa dan berkomunikasi dengan rakyat Syria. Beliau juga sangat selesa dan menyayangi rakyat negara itu terutama kanak-kanak yang tidak berdosa sering dizalimi oleh tentera Israel yang tidak mempunyai hati dan perasaan!

Tentera Israel juga telah bertindak menggunakan bom yang mengandungi kimia untuk membunuh anak-anak di sana secara senyap.

Mizz Nina dan suami membantu rakyat Syria.

Mizz Nina berbuka puasa bersama rakyat Syria.

Sokongan Cinta Syria Malaysia beri bantuan kepada Syria.

Cinta Syria Malaysia (CSM) telah bergerak membantu saudara Syria kita yang berada di Jordan setiap kali tibanya bulan yang mulia ini. Manakala tahun lepas, mereka bawakan sedikit kelainan dengan menghantar bantuan terus kepada rakyat Syria di dalam dan pelarian Syria yang berada di Turki. CSM ini juga telah ditubuhkan sejak tahun 2013.

Sumber : Mizz Nina, CSM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *