“Saya banyak termaki akak.. Geram!” – Lakonan mantap Noorkhiriah, penonton drama Nur tampil minta maaf

Walaupun pernah mengeluarkan beberapa kenyataan dengan menyatakan keinginan untuk bersara sebagai pelakon sebelum ini, namun ternyata ia hanya seketika.

Terbaru, pelakon hebat Noorkhiriah kembali beraksi dan menjadi bualan netizen apabila drama bersiri Nur yang mengisi slot Samarinda TV3 menjadi fenomena ketika ini.

Dengan membawa watak Aisyah, wanita berusia 41 tahun ini meninggalkan kesan besar kepada penonton sehingga dikecam teruk di laman media sosial.

Minta maaf sebab termaki akak!

Banyak la saya maki akak!

Disebabkan ramai penonton kurang senang dengan wataknya, terdapat beberapa individu mengirim Direct Message di Instagram miliknya yang mengaku memaki serta memuji lakonannya.

“Assalamualaikum akak saya minta maaf sebab termarah akak dalam drama Nur.

“Jadi, maksudnya lakonan akak menjadilah, saya terlepas sampai termaki akak. Saya minta maaf ya saya tak sengaja,” kata seorang pengikutnya.

Untuk drama Nur sebanyak 19 episod ini, barisan pelakon lain ialah Syafiq Kyle, Amira Rosli, Azhan Rani, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Sumber : Noorkhiriah/ Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *