“Mewakili anaknya, hadiah dari Turki.. ” – Demi hajat anak, Norman Hakim berjumpa Mufti KL

Februari lalu, sebuah video pelakon Norman Hakim mengiringi anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim ke Turki bagi memulakan pengajian hafazan menjadi tular serta mengundang sebak netizen.

Namun, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu kembali tenang dan tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan anaknya sepanjang berada di sana.

Terbaru, suami kepada pelakon Memey Suhaiza itu telah mengambil kesempatan untuk bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi menyampaikan hajat anak lelakinya yang berusia 15 tahun.

“‌Alhamdulillah, terima kasih kepada saudara @normanhakim_786 yang mewakili anaknya bagi menyampaikan hajat kepada kami hadiah yang amat bermakna iaitu sehelai jubah dan Imamah Turki.

“Hadiah daripada anaknya yang bernama Muhammad Danish Hakim yang sedang menuntut ilmu di bumi Turki. Alhamdulillah atas kurniaan ini dan semoga Allah SWT memberi kefahaman dan kejayaan kepada anakanda Danish,” ujar Zulkifli.

“Terima kasih jugak yang saya sayangi Sahibus Samahah Datuk Mufti @drzulkifli.albakri hadiahkan kami sekeluarga buku hasil penulisan Datuk Mufti sendiri yang baru keluar dari ‘oven’

“Iaitu bertajuk Bayan Linnas;Penjelasan Isu2 Semasa berlandaskan Al-Quran, Sunnah & Hadis buat rujukan kehidupan kami sekeluarga,” ujar Norman pula.

Niat murni anaknya itu disambut dengan rasa syukur oleh netizen yang rata-rata berharap agar remaja tersebut memperoleh kecemerlangan dunia akhirat.

Selamat maju jaya Danish!

Sumber : Norman Hakim , Zulkifli Mohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *