Ibarat BFF, empat rakan selebriti meriahkan majlis sambutan hari jadi Intan Ladyana ke-36

Sahabat adalah insan yang sangat rapat dengan kita. Mereka ibarat seperti sebuah keluarga yang sentiasa ada bersama dengan kita dalam keadaan susah dan senang. Sahabat bukan diukur dari kuantiti yang ramai, sebaliknya ia adalah berdasarkan kualiti mereka menghabiskan masa bersama-sama dengan kita.

Baru-baru ini, empat orang sahabat iaitu Che Puan Juliana Evens, Lisa Surihani, Liyana Jasmay dan Putri Azalea telah meraikan sambutan hari jadi pelakon Intan Ladyana yang ke-36 tahun di sebuah restoran yang terletak di Bangsar.

Mereka juga telah berkongsi gambar di Instagram masing-masing sebagai tanda kenangan sebuah persahabatan menyambut hari jadi pelakon berdarah kacukan Melayu-Thai itu.

Berikut adalah sekitar hari jadi Intan Ladyana bersama BFF! Cute sangat dorang ni!

Sahabat yang meraikan hari jadi Intan.

Sahabat selamanya.

Happy birthday, Intan.

Semoga Intan panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Sumber : Liyana Jasmay, Intan Ladyana, Lisa Surihani, Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *