“Ada Orang Damansara Perdana Kat Sini?”- Anak Minta Farah Lee Cari Daddy Baru

Bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee terkejut apabila anaknya, Maream Esabel, 4, memintanya mencari pengganti bapanya di Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Permintaan spontan anaknya itu ditunjukkan di dalam sebuah video yang dimuat naik ke laman Instagram (IG).

Menerusi video tersebut, Farah bertanya siapa ‘daddy baru’ Maream dan anaknya pun menjawab belum jumpa.

Farah kemudian bertanya lagi di mana hendak mencari ‘daddy baru’ dan Maream dengan spontan menjawab “kat Damansara Perdana!”

Gelagat dua beranak itu mencuri perhatian pengikut laman sosialnya yang rata-rata turut terhibur.

Bagaimana pun, Farah menerusi kapsyennya memberitahu ia hanya gurau santai dan meminta netizen tidak mengambil serius mengenai pengganti bapa Maream itu.

 

Foto: IG Farah Lee

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *