Stacy Jahit Baju Raya Akim Sampai Terpotong Pendek Pada Pagi Raya?

Baru-baru ini, Stacy ada berkongsi gambar di Instagram sedang menjahit serta menyiapkan baju raya untuk keluarga beliau. Semalam, Stacy memuatnaik gambar mereka sekeluarga memakai baju raya yang telah siap dijahit oleh Stacy sendiri untuk dipakai pada pagi raya.

Namun perkara yang mencuri perhatian adalah pengalaman lucu serta memori manis yang dikongsi oleh Stacy sendiri sewaktu dalam proses menyiapkan jahitan baju-baju raya tersebut. Stacy terlupa untuk meletakkan poket pada baju melayu Akim dan kain bajunya sendiri terpotong pendek disebabkan ketekunan Stacy menjahit.

“Selamat hari raya aidilfitri semuaa.. Salam mohon maaf diampun segala salah silap yang ada🙏🏻 Inilah hasil tangan baju Raya kami tahun ini😂😅 Pengalaman yang sangat best dan lucu tapi yang penting dapat pengalaman best tu.”

“Baju kurung saya ni jadi singkat sebab si chichal kecik tu. Kita sudah asingkan kain yang sudah digunting pastu dia boleh kacau pula..mami terpotong pendek dan sempit sebab ingatkan itu kain untuk beyya😩 Pastu pengalaman baju eshaal pula mau 2 ke 3 kali alter sebab badan dia kecik sangat hahahaha..”

“Tapi yang paling best baju si akim😩 Sibuk dia ingatkan tikam tulang belut di leher tu sampai mami lupa buat poket baju melayu😂 smlm tengah masukkan duit raya baru perasan tiada poket baju dia adoii..punya kecewa😩 macam baju kurung lah juga dady pakai cuma tiada skirt😅”

“Beginilah kalau hasil tangan amatur..yang penting pengalaman lah kan?habis rumah atuk diorg penuh bling2 tu sebab jatuh2 hahaha..Tu lah ying,i dah cakap jangan suruh i jahit..hansull jadinyaa hahahaha..Selamat hari raya semuaaa!!😘😘” Tulis Stacy di Instagram beliau.

Sementara itu, menerusi Instagram Akim pula, beliau meluahkan penghargaan buat isteri tersayang. Menurutnya, meskipun ada kekurangan pada baju-baju yang disiapkan, tetapi ketekunan Stacy yang amat dikagumi dan akan menjadi memori manis pada Hari Raya mereka sekeluarga.

“Selamat hari raya semua, inilah baju yang dijahit oleh isteri tercinta, sebuah tugasan yang diselesaikan oleh isteri saya, betapa tekunnya dia menjahit walaupun tak pernah pun jahit baju kurung dan baju melayu ni. Walaupun ada kekurangan yang menjadikan ia memori untuk kami berdua kenang dan ingatkan, tapi kekurangan itulah yang buat aku terima kau wahai isteriku.”

“Ketekunan kau itulah yang membuat aku memilihmu. Bukan baju yang sempurna yang aku mahukan, yang aku mahu adalah kau dan keluarga kecil kita. Semoga engkau menjadi isteri yang sentiasa patuh pada suamimu. Dan aku berdoa semoga Allah sentiasa memberikan kurnia padamu wahai isteri.” Tulis Akim.

Hangat.com mengucapkan tahniah buat Stacy kerana berjaya menyiapkan baju raya untuk sekeluarga. Walaupun ada kekurangan dan masih di peringkat beginner untuk menjadi tukang jahit, tetapi kepuasan yang diperolehi dengan baju-baju yang dijahit dengan air tangan sendiri pasti rasa berbaloi yang dibuat dengan sepenuh hati dan kasih sayang buat keluarga tercinta.

Ketekunan, kerajinan serta usaha Stacy dalam menyiapkan baju-baju raya ini wajar dipuji dan dicontohi oleh semua pembaca-pembaca Hangat.com. BRAVO STACY!

Sumber: Hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *