“Benti la korang secara berjemaah…” – Selepas Haqiem Rusli, giliran As’ad Motawh pula berhenti nyanyi?

Selepas penyanyi berbakat besar, Haqiem Rusli mengumumkan bakal ‘berehat’ daripada media sosial dan memberi bayangan mahu berhenti dari bidang nyanyian, kini giliran penyanyi As’ad  pula membuat kenyataan yang sama.

Terbaru, As’ad Motawh atau nama sebenarnya As’ad Ahmad Muhammad Motawh telah memuat naik sebuah posting di laman Twitter miliknya dengan mengatakan dia akan turut berhenti menyanyi sekiranya kenyataan rakannya itu benar.

“Seandainya Haqiem Rusli berhenti menyanyi, saya juga akan melakukan perkara yang sama,” kata remaja berusia 17 tahun itu.

Tinjauan di laman Facebook rasmi Media Hiburan mengenai berita tersebut mendapati rata-rata netizen tidak mengambil kisah sekiranya penyanyi lagu Senyum itu serta rakan-rakan seangkatan dengannya meninggalkan karier seni tanah air.

Ini kerana sebahagian daripada mereka tidak mempunyai bakat nyanyian yang bagus sebaliknya hanya mencipta nama dengan kontroversi yang berlaku.

Berhenti la secara berjemaah…

Nyanyi syok sendiri je…

Tak rugi pun kau takde…

Sumber : As’ad Motawh , Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *