‘Haqiem Kecewa Kawan Baik Tikam Belakang & Bermuka-Muka’ – Ibu

Kontroversi bakal berhenti daripada bidang nyanyian yang diluahkan Haqiem Rusli di Instagram baru-baru ini nampaknya masih menjadi bualan hangat. Rakan artis seperti Caprice dan As’ad Motawh turut memberi sokongan mengenai masalah tekanan yang dihadapi penyanyi muda tersebut.

Menerusi URTV Online, ibu Haqiem, Nazrah Nordin mendedahkan Haqiem merasa kecewa dengan sikap rakan baiknya yang tikam belakang dan bermuka-muka. Siapa tu?

‘Depan cakap lain, belakang cakap lain pula’

Menurut Nazrah, anaknya itu ada meluahkan rasa kesal dan sedih seolah-olah sudah putus harapan dengan apa yang berlaku. Namun sebagai ibu, dia menasihati Haqiem agar banyakkan bersabar dan berdiam diri sahaja.

Haqiem ada meluahkan rasa kecewanya terhadap saya. Sedih juga tengok dia seolah-olah putus harapan dengan apa yang berlaku.

Apa yang boleh saya kongsikan, Haqiem kecewa  kawan baik ‘tikam belakang’ dan ‘bermuka-muka’ terhadapnya. Hadapan cakap lain, belakang cakap lain pula.

Paling sedih, ada yang memperlekeh bakat Haqiem sebagai komposer muda. Tak kurang juga nak laga-lagakan Haqiem dengan orang lain tanpa ada perbincangan secara baik.

Sebagai ibu, saya agak terkilan kerana kawan-kawan baiknya itu sudah saya anggap seperti ahli keluarga sendiri. Mereka selalu lepak di rumah bersama Haqiem, sudah seperti adik-beradik.

Siapa mereka tu, rasanya biarlah menjadi rahsia antara kami. Saya pun tak mahu aibkan siapa-siapa sebab semuanya boleh diselesaikan cara baik.

Lagi pun, hal ini terjadi antara Haqiem dan kawan-kawannya, rasanya lebih baik mereka yang uruskan serta selesaikan sendiri apa yang berlaku.

Sebagai ibu, saya nasihatkannya agar banyak bersabar dan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin mengguris hati orang lain. Diam itu lebih baik.

Nazrah turut terkilan dengan perkara yang berlaku kerana sudah menganggap rakan-rakan anaknya seperti keluarga sendiri. Dia juga tidak mahu campur tangan dan lebih baik mereka menyelesaikan masalah sendiri.

Dia harus tanggung sendiri

Mengenai kontroversi bakal berhenti menyanyi yang diumumkan Haqiem Rusli, Nazrah sepenuhnya memberi keputusan kepada Haqiem untuk membuat keputusan.

Sebagai ibu, saya memberi kebebasan kepada Haqiem untuk membuat keputusan. Kalau dia mahu bersara disebabkan kekecewaan itu, terpulanglah.

Apa-apa pun, saya nasihatkan dia agar berfikir panjang dan susun perancancan masa depan sebelum membuat keputusan.

Sama ada dia mahu bersara atau tidak dalam nyanyian, tunggulah dia umumkan nanti awal Julai ini. Saya tidak masuk campur kerana beri kebebasan untuk dia fikir apa yang terbaik

Andai kata timbul isu Haqiem mencipta gimik atau sengaja mahu mencetuskan isu, dia harus tanggung sendiri kerana itulah keputusan yang dilakukannya.

Bagi saya, anak remaja ni perlu diberi ruang untuk membuat keputusan. Dalam masa yang sama, ibu bapa dan keluarga haruslah pantau dan  sentiasa menyokong apa yang terbaik.

Diharapkan Haqiem dapat menyelesaikan konflik yang dihadapinya dengan baik. Sebagai ibu, mestilah mahu yang terbaik buat anak-anaknya kan?

Sumber : URTV, OHBULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *