Kerana Mira Filzah, Penonton Ini Kena ‘Sound’ Dengan Ogy Ahmad Daud

Peminat drama bersiri Rahsia Hati Perempuan naik hantu dengan watak Ilaina lakonan aktres Mira Filzah.

Perkara itu diakui oleh penonton menerusi ruangan komen sedutan video terbaru drama berkenaan yang dimuat naik oleh Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dipanggi Ogy di akaun Instagram (IG)nya.

Salah seorang peminat ini meluahkan rasa menyampah dan sakit hati melihat perangai Ilaina yang suka memporak-perandakan kehidupan orang lain.

Namun, kata-kata yang diluahkan oleh penonton setia ini seolah-olah tidak disenangi oleh Ogy kerana agak keterlaluan. Hal ini bermula selepas Ogy menulis kapsyen dalam sedutan video itu, “Follow Your Heart Ili..” (Ikut kata hati Ili). Kata-kata ini telah dibidas kerana ia tidak wajar untuk disampaikan watak Ilaina dalam drama ini.

Susulan dari luahan tersebut, Ogy membalas dengan memberi sedikit teguran kepada penonton ini.

Selain Ogy dan Mira Filzah, drama ini turut dibintangi pelakon hebat yang lain seperti Hisyam Hamid, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman dan ramai lagi. Drama ini mengisahkan tentang cinta dan persahabatan kekasih dan pengorbanan. Ilaina (lakonan Mira Filzah), Zayn (lakonan Hisyam Hamid) dan Mikael (lakonan Fikry Ibrahim) bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara.

Drama ini sudah mula disiarkan sejak 14 Mei yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MegaDrama Astro Ria.

Sumber: Hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *