“Lagi sedap kalau ibu suap…” – Kasih sayang Jasmin Hamid & anaknya buat netizen kagum!

Walaupun pernah berasa kecewa dengan sesetengah pengikut media sosialnya yang gemar menjatuhkan hukum sesuka hati, namun ia tidak menghalang pelakon Jasmin Hamid memuat naik posting mengenai keluarganya.

Terbaru, pelakon yang sering membawa watak ‘ibu’ itu telah berkongsi sebuah video di laman Instagram berkongsi momen menyuapkan makanan untuk anaknya.

“Kalau ibu yang suap, nasi seperiuk pun boleh habis. Berebut-rebut nak minta disuapkan.

“Tangan Ibu ada magic. Siapa suka ibu uols suap? Kita geng @ihmian. Hebat bukan?,” katanya menerusi ruangan posting tersebut.

Rakaman video berdurasi 29 saat itu kelihatan anak lelakinya, Ian Haziq tidak segan silu meminta ibunya untuk menyuapkan makanan ke dalam mulut.

“Lagi lapar kalau ibu suap!” kata Ian.

Kasih sayang yang ditunjukkan antara anak beranak itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersetuju suapan ibu merupakan yang terbaik serta memuji kemanjaan anaknya yang berusia 17 tahun itu.

Suapan ibu paling sedap!

Manjanya, anak mak!

Dah kahwin pun, tetap suka kena suap!

Best tengok sis didik anak2…

Mak suap siap boleh tambah nasik!

Sumber : Jasmin Hamid, Ohmymedia 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *