“Orang teruja raya, saya berdebar…” – Kenal sejak di bangku sekolah, Dayah Bakar bakal tamatkan zaman solo

Mula dikenali menerusi rancangan bual bicara tempatan, pengacara Dayah Bakar memang sinonim dengan seorang yang petah bercakap, kelakar dan ‘happening’!

Namun ketika orang lain sedang rancak meraikan sambutan Aidilfitri, wanita berusia 29 tahun itu semakin sibuk melakukan persiapan bagi menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hatinya, Muhammad Hanif Hamidi.

Menanti detik bakal diijabkabulkan dengan pegawai tentera berpangkat kapten itu, Dayah yang juga sedang aktif memajukan perniagaan butik atas talian itu mengakui berdebar untuk dinikahkan, lapornya kepada BH Online.

Majlis pernikahan bakal berlangsung pada 29 Jun ini serta akan diraikan dalam satu majlis persandingan pada 1 Julai depan di Ampang, Selangor.

Pernah menjadi pengacara Nasi Lemak Kopi O dan Hijabista di TV9, perkenalan Dayah dengan lelaki sebayanya itu bermula ketika mereka belajar di sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan.

Dia juga telah berkongsi beberapa keping gambar ‘pre-wedding’ di laman Instagram miliknya dan rata-rata pengikutnya turut berasa teruja melihat pasangan berdarah manis itu.

Tahniah sis! Cantiknyaaa..

Tak sabar nak tengok!

Semoga majlis berjalan lancar!

Semoga berbahagia dengan bakal pasangan…

Sumber : BH Online , Dayah Bakar, Ohmymedia 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *