“Keluar dekat2 pun rasa nak pakai hijab…” – Mula bertudung, Maya Matahari harap dirinya istiqamah

Jika dilihat, ramai juga para artis dan selebriti tanah air mengenakan hijab bagi menghormati ketibaan bulan mulia yang lalu antaranya pelakon Nur Fazura dan penyanyi Siti Sarah.

Selain itu, pelakon dan penyanyi Maya Matahari juga mula memakai tudung sejak awal Ramadan lalu serta berharap hasratnya ingin menutup aurat dengan sempurna akan dipermudahkan, katanya kepada BH Online.

Pemilik nama penuh Meyanaliza Ruslee itu selesa dengan penampilan berkenaan sehingga ingin keluar berdekatan kawasan rumah juga, dia tetap ingin bertudung atau berselendang.

Menurut Maya, dia berasa teruja pada pagi raya lalu kerana bukan sekadar menggosok baju, malah tudung untuk digayakan juga ketika pulang ke Johor Bahru, baru-baru ini.

Tambah penyanyi yang pernah muncul dengan album Matahari, Diari Biru 2 dan Mata itu, dia ada membeli dan mengumpul tudung pelbagai rekaan serta mula menempah baju yang lebih sopan dan tidak mendedahkan.

Sumber : BH Online, Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *